Neelofa puji baby Mua Bellaz ‘ MasyaAllah kawan baru Bilal ke ni?’
Tindakan jurusolek terkenal, MUA Bellaz memuat naik sekeping foto wajah cahaya mata keempatnya yang dilahirkan pada Awal Muharram lalu mencuri tumpuan warganet di laman Instagram.
Menerusi posting pada Ahad, dia meluahkan kesyukuran dengan memaklumkan bahawa demam kuning dialami anak perempuannya Aisywara Nealofa semakin pulih.
“Masyallah segala puji bagi ALLAH Haa tudia hari ni genap 10 hari, mama baru dapat snap gambaq dia buka mata hahahah adehh Aisywara Nealofa uii..
“Tidakk reja lena jaa.. rini dia pandai mai check kuning dia, dia buka mata luas, seronok abah bwak keluaq rumah ka.. ka mama hang yang syok ronda2.
A”lhamdulilahh kuning Nealofa dah turun, syukur.. luka czer mama pon takat lani dah beransur pulih dah sikit,” maklum Bellaz.
Foto tersebut menerima hampir 100,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen positif termasuk beberapa artis yang menjadi pengikut jurusolek berusia 30 tahun itu.
Salah seorangnya adalah selebriti popular, Neelofa yang memberikan kata pujian seolah-olah terpesona dengan kecomelan Aisywara Nealofa.
“MasyaAllah kawan baru Bilal (anak lelakinya) ke ni, sama nama macam ummi dia,” tulis Neelofa.
Untuk rekod, pemilik nama Nur Nabilah Zulyadaini itu berkahwin dengan Anuar Ahmad dan mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Muhammad Ean Yusuf.
Sumber: Instagram MUA Bellaz