Neelofa keluarkan kos RM500,000, baik pulih surau di Kelantan

Neelofa keluarkan kos RM500,000, baik pulih surau di Kelantan

Baru-baru ini selebrti popular, Neelofa memperuntukkan kos sebanyak RM500,000 menerusi Pertubuhan Kasih bagi membaik pulih 21 surau di negeri Kelantan.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohamed berkata, surau-surau terlibat adalah di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Menurutnya, sebanyak RM15,000 sehingga RM30,000 diperuntukkan bagi setiap surau bergantung kepada kerosakan dan kos diperlukan untuk membaik pulih.

Surau yang hendak dibaik pulih ketika ini berada dalam keadaan daif, manakala surau akan dibina bagi yang sudah rosak 100 peratus.

Neelofa

Difahamkan, selain Kelantan, Pertubuhan Kasih Neelofa turut membaik pulih surau di negeri-negeri lain termasuk di negeri Sabah.

Semoga Lofa terus dilimpah kurniakan rezeki!

 

SUMBER : Sinar Harian