Neelofa berhasrat pindah ke tanah Arab, ikut suami sambung belajar

Neelofa berhasrat pindah ke tanah Arab, ikut suami sambung belajar

 

 

Pelakon dan pengacara, Neelofa berkongsi hasratnya untuk mengikut suaminya, Haris Ismail yang ingin melanjutkan pelajaran ke tanah Arab.

Menerusi program Nona yang disiarkan di TV3, Neelofa yang muncul sebagai pengacara undangan berkongsi mengenai hasratnya itu disamping ingin mendedahkan anaknya, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.

“Pada masa yang sama, kami mahu dedahkan anak kepada persekitaraan di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Tambah Neelofa, 33, dia juga menyimpan impian untuk mendalami ilmu Al-Quran di samping menguasai bahasa Arab.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh, saya mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” katanya.