Nampak kulit bahu terkoyak, Firdaus terjatuh dalam perlumbaan Heat Ke-2 Keirin

Nampak kulit bahu terkoyak, Firdaus terjatuh dalam perlumbaan Heat Ke-2 Keirin

Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom kurang bernasib baik apabila terjatuh ketika perlumbaan acara keirin yang berlangsung di pentas Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Dalam perlumbaan kedua pusingan kelayakan tersebut, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tampak seakan tergelincir dan terjatuh ketika sedang mengejar pendahulu.

Kejatuhannya itu telah menyebabkan seorang lagi pelumba di belakangnya, Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan turut terjatuh.

Perlumbaan Heat ke-2 akan diadakan semula selepas perlumbaan Heat ke-5.

Sumber:Β Team Malaysia