Nampak ‘chill’ masa Caprice ambil vaksin, tapi sebenarnya ini yang berlaku!

Nampak ‘chill’ masa Caprice ambil vaksin, tapi sebenarnya ini yang berlaku!

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsikan foto dan video yang memaparkan mereka sudah pun mendapatkan vaksin Covid-19. Bukan itu sahaja mereka juga turut berkongsikan pengalaman sepanjang berada di dewan sebelum menerima vaksin dan juga kesan yang dialami selepas beberapa jam.

Namun begitu, ada juga segelintir yang takut dengan jarum membuatkan telatah mereka ini menjadi bahan di sosial media. Salah seorang penyanyi rap terkenal berkongsikan video dirinya mengambil vaksin baru-baru ini:

 

Nampak sangat cool macam tiada apa pun yang berlaku bukan? Namun Caprice memuat naik satu lagi video di sebalik tabir apa sebenarnya yang berlaku ketika dicucuk vaksin berkenaan. Dalam rakaman itu nampaknya Caprice macam tak senang duduk bila ditunjukkan jarum tersebut. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan di Instagram Caprice itu:

 

Wah, tak sangka Caprice sebenarnya takut jarum! Ini rupanya yang berlaku sebelum Caprice ambil vaksin, memang riuh ruang dicucuk itu nampaknya.

Perkongsian video Caprice ambil vaksin ini meraih lebih setengah juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Pakai mask pun nampak pucat dia”

Caprice Ambil Vaksin 3

“Hahahaha lelaki selalu takut dengan injection..Aduuu Caprice Caprice”

Caprice Ambil Vaksin 2

“Muka ganas…rap pun mantap…sekali nak cucuk”

Caprice Ambil Vaksin 1