Nampak ‘baby bump’, Intan Ladyana hamil ke?

Nampak ‘baby bump’, Intan Ladyana hamil ke?

Kecoh seketika di media sosial apabila ada netizen mendakwa pelakon jelita Intan Ladyana kini sudah berbadan dua.

Ini berikutan video yang memaparkan isteri kepada pelakon Harris Alif ini dilihat sedang hamil kerana penampakan ‘baby bump’ yang jelas pada bahagian perut aktres tersebut.

Tampil memberi kenyataan, Harris yang dihubungi media tidak mengiyakan malah dia juga tidak menafikan berita tersebut.

 

Ujar Harris, dia dan Intan memohon orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Tambahnya lagi, dia sudah tentu akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.

Ya saya tengok sana sini dah keluar (berita hamil), Insyallah saya akan beritahu nanti. Sampai masanya, kalau saya dah bersedia saya akan beritahu nanti..mintak doakan yang baik-baik.

Dalam video itu juga Intan seperti sedang menyembunyikan sesuatu apabila dia menutup bahagian perutnya dengan bantal.

 

Terdahulu, Harris ada memaklumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

SUMBER : mStar Online