Nama usahawan ‘ditendang’ dari syarikat, ramai pakat boikot bisnes si suami?

Nama usahawan ‘ditendang’ dari syarikat, ramai pakat boikot bisnes si suami?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan Nur Amirah mendakwa namanya dibuang daripada syarikat sendiri oleh suaminya di bawah jenama pakaian Elrah Exclusive sehingga mengundang simpati orang ramai.

Menurut warganet, tindakan tersebut disifatkan menganiaya wanita apatah lagi pernah melalui susah senang bagi memperkukuhkan jenama berkenaan meskipun si suami tidak mempunyai apa-apa sebelum ini.

Menerusi pemerhatian di media sosial Facebook, segelintir warganet menyatakan hasrat untuk memboikot perniagaan lelaki berusia 33 tahun itu susulan dakwaan ‘kejam’ dilakukan terhadap isterinya.

Mereka berpendapat, lelaki terbabit tergamak ‘menendang’ isterinya daripada perniagaan yang diusahakan bersama-sama selain mendakwa bersikap ‘tarik tali’ meskipun wanita itu sudah memfailkan permohonan cerai.

Dah jutawan terus buang isteri

Boikot lepas ni.. dasar lelaki tak guna

Kalau macam ni memang tak ‘support’ dah

Kau akan terduduk!

Habis dia bolot semua?

Menerusi ciapan di laman Twitter pula, terdapat juga individu menyatakan hasrat sama supaya tidak membeli lagi jenama berkenaan kerana ‘sakit hati’ apabila melihat pengorbanan usahawan wanita itu tidak dihargai oleh suaminya.

Tak payah ‘support’ lelaki yang anaiya bini

 

Tiba2 kau kolot semua harta?

 

Jahat buat isteri macam tu…

 

Dah kaya terus buang bini… boikot!

 

Bisnes suami isteri sendiri pun tak boleh percaya dah

 

Terdahulu, beberapa pengguna Facebook memuat naik kompilasi video memaparkan luahan Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha menerusi IG Live sehingga mendapat belasan ribu perkongsian dalam kalangan warganet.

 

Sumber: Facebook , Twitter