Nama kena ‘petik’, Neelofa nafikan tuduhan Caprice di komen IG live Ebit Lew

Nama kena ‘petik’, Neelofa nafikan tuduhan Caprice di komen IG live Ebit Lew

Nampaknya, sidang media yang dibuat Ustaz Ebit Lew (UEL) sebentar tadi kembali menjadi bualan netizen di media sosial berhubung kontroversi yang berlaku sejak beberapa hari lepas.

Tindakan infleuncer terkenal, Caprice, Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman dan beberapa pihak lagi yang membuat tuduhan kepadanya sedikit sebanyak telah mengguris perasaan pendakwah tersebut lebih-lebih lagi baru kehilangan ayah tersayang.

Jadi, selepas membuat laporan polis semalam, beliau telah melakukan sidang media bagi menjawab segala tohmahan yang pastinya telah mencemarkan nama baiknya dalam melakukan kebajikan.

Caprice kaitkan nama2 selebriti

Dalam salah satu perkongsian panjang lebar beliau tentang persoalan-persoalan yang dilemparkan, UEL ada menjawab berkenaan tuduhan Caprice yang mendakwa pendakwah itu membawa ‘lari’ proposal misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut, UEL ada memaklumkan yang perkara terbabit sama sekali tidak benar dan beliau tidak pernah berjumpa dengan kesemua selebriti yang dinyatakan sebelum berangkat ke Gaza.

Neelofa nafikan dakwaan Caprice

Mendengar namanya turut ‘dipetik’, Neelofa telah meninggalkan komen diruangan IG live Ebit Lew memaklumkan yang hal tersebut tidak benar sama sekali.

Dia bercadang akan menghubungi Caprice sendiri dan ingin bertanyakan mengapa mengaitkan nama orang lain dalam permasalahan tersebut.

Jangan kaitkan isu tanpa asas

Oleh itu, Neelofa meminta agar dirinya dan individu-individu lain tidak dikaitkan dengan sebarang isu tidak berasas seperti yang dilakukan oleh Caprice menerusi ‘pendedahan’ yang dibuat influencer terbabit tempoh hari.

 

Terdahulu, Caprice ada memuat naik satu tangkapan skrin berkenaan mesej yang diterima mendakwa UEL mengambil kertas kerja misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa orang selebriti dan membawanya kepada Datuk Seri Hishammuddin.

Hal ini dikatakan menjadi punca mengapa dia dan Nadir Al Nuri ‘dipalau’ ketika misi kemanusiaan tersebut berlangsung.

Sumber: Facebook Ebit Lew, Instagram (komen) Neelofa