‘Nak vaksin, vaksinlah…Kenapa nak ada paksaan’ – Rita Rudaini

‘Nak vaksin, vaksinlah…Kenapa nak ada paksaan’ – Rita Rudaini

Sebelum ini, pelakon cantik Rita Rudaini meluahkan rasa ‘bengang’ apabila ada seorang wanita mendakwa dirinya ‘anti vaksin’. Menurut Rita, individu tersebut boleh berdepan dengannya sekiranya tidak berpuas hati.

 

Terbaru, pelakon ini menerusi Instastory di laman Instagram, memberikan ‘pendapatnya’ berhubung pemberian vaksin kepada warga emas.

 

‘Kenapa nak ada paksaan’

Foto: Rita Rudaini

Rita Rudaini menerusi entry tersebut percaya hak individu untuk mendapatkan vaksin merupakan pilihan masing-masing dan seseorang individu itu tidak perlu dipaksa bagi mendapatkannya.

Sekarang dah umat Islam dah jadi berpuak-puak. Dalam family dah ada puak, yang taknak vaksin digelar anti vaksin oleh yang vaksin. Kenapa? Yang tak nak vaksin tak semestinya dia anti vaksin hak masing-masing kan. Hebat permainan dunia memecah-belahkan manusia dengan benda ini.

Berbicara lebih lanjut, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang bertindak ‘memaksa’ dan menghantar kedua ibu bapa mereka yang sudah uzur bagi mendapatkan suntikan vaksin. Ujarnya, pemberian vaksin tersebut secara tidak langsung boleh merisikokan kedua ibu bapa mereka.

Yang nak vaksin, vaksin lah. Tapi kenapa nak ada paksaan? Apa agenda? Paksa orang tua-tua vaksin. Hat dok tua-tau dok atas kerusi roda pun diangkut untuk vaksin. Kenapa?

Depa dah tua nak jalan p mana? P Paris? Milan? yang anak-anak pon lambat lepaaa. Daftar pulak mak bapa yang dah uzur dah tua untuk divaksin sama. Otak mana? Hangpa nak cucuk, cucuk lah. Tak payah nak risikokan mak pak hangpa. Kalau boleh holiday pon hangpa bawa ka depa?

Instastory penuh

Sumber: Rita Rudaini