Nak terbang, tak pasal terhantuk dekat lori “Adoiii kuat pulak tu bunyinya”

Nak terbang, tak pasal terhantuk dekat lori “Adoiii kuat pulak tu bunyinya”

Pernah tak anda melihat pengalaman melucukan membabitkan haiwan? Baru-baru ini pula, tular rakaman seekor burung yang mengalami kemalangan kecil gara-gara terhantuk pada lori semasa ingin terbang tinggi.

Kejadian itu dirakamkan secara spontan oleh individu ini dan ianya telah menerima dua juta tontonan setakat ini. Orang ramai turut sama terhibur melihat kemalangan tidak disangka-sangka berlaku pada burung tersebut.

@mhdsyk_

Kemalangan yang teruk telah berlaku dihadapan twentyfourvape 😔😂#fyp

♬ original sound – -𝔊𝔥𝔬𝔲𝔩- – -𝔊𝔥𝔬𝔲𝔩-

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor burung yang sangat cantik duduk di hadapan kedai. Turut kelihatan di situ adalah seorang lelaki yang berdiri di hadapan burung itu.

Burung itu kemudian terbang meninggalkan kawasan itu namun tidak semena-mena, dia terhantuk pada lori yang berada di hadapan kedai. Impak dari pelanggaran itu turut menyebabkan burung itu terjatuh ke lantai.

@mhdsyk_

Ramai sangat tanya apa yang jadi dengan burung tu 😂 dia sihat je boleh terbang macam biasa 👍

♬ original sound – -𝔊𝔥𝔬𝔲𝔩- – -𝔊𝔥𝔬𝔲𝔩-

Kemalangan kecil itu turut mengejutkan mereka yang berada di tempat kejadian. Namun pemilik video memberitahu burung itu berada dalam keadaan yang baik dan sudah diterbangkan semula.

Di ruangan komen, kemalangan kecil ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Malah ada juga yang berseloroh pasti burung itu berasa malu dengan apa yang terjadi.

“Astaga bunyi dia langgar tu aku takleh lah.”

aksi burung

“Tak memang muka tu nak kena blur dulu ke baru gelak…”

burung

“Ya ampun boleh pulak gelak.”

komen

“Burung tu lepas ni buat tik tok…”

tik tok