Nak tengok bekas kekasih kahwin, sanggup menyamar jadi perempuan, tapi terkantoi

Nak tengok bekas kekasih kahwin, sanggup menyamar jadi perempuan, tapi terkantoi

Seorang lelaki dikatakan memakai pakaian pengantin tradisional dengan solekan lengkap dan memakai rambut palsu kerana ingin berjumpa dengan wanita dicintainya yang bakal berkahwin bersama lelaki lain di Bhadohi, India Utara.

Gigih menyamar jadi wanita

Lelaki tersebut telah membuat tindakan yang drastik sehingga sanggup menyamar menjadi pengantin perempuan kerana teman wanitanya bakal berkahwin dengan lelaki lain.

Dia gigih menyembunyikan wajahnya dengan menggunakan sari dan juga memakai beg tangan serta sandal supaya dirinya nampak seperti seorang wanita.

Lelaki terbabit mengatakan bahawa ia merupakan cara yang terbaik bagi menyelinap masuk ke majlis perkahwinan berkenaan dan mengharap agar dia tidak dikenali.

Kantoi dengan para tetamu

Walau bagaimanapun, penyamarannya tidak berhasil apabila dia ditangkap dan kemudiannya dipukul oleh para tetamu. Salah seorang tetamu dikatakan telah mencabut rambut palsunya bagi mengetahui identiti sebenar.

Lebih mencurigakan lagi apabila sejurus lelaki berkenaan sampai ke majlis berkenaan, dia meminta untuk berjumpa dengan pengantin perempuan dan menyebabkan para tetamu yang ada pada ketika itu menyelesaikan masalah tersebut dengan cara mereka sendiri.

Menurut laporan polis, lelaki berkenaan dikatakan mempunyai kawan bersubahat yang sedang menunggunya di luar majlis dan melarikan diri bersama menaiki motorsikal, namun tiada tangkapan dilakukan berkaitan dengan kejadian berkenaan.

Sumber : Mirror