“Nak marah pun tak jadi”, Telatah si cilik bersoal jawab bikin geram!

“Nak marah pun tak jadi”, Telatah si cilik bersoal jawab bikin geram!

Anak kecil yang bijak berkata-kata memang boleh buat geram kadang-kadang tu. Bukan sahaja bijak bercakap, malah pandai juga mencari idea untuk menjawab bila ada yang bertanya.

Sama seperti anak kecil bernama Yaya yang cukup popular di sosial media ini. Celotehnya kadang-kadang memang menghiburkan wargamaya yang mengikuti akaun Tiktok frrzz_99 ini. Dalam rakaman terbaharu, telatah si cilik bersoal jawab dengan bapanya ini telah membuatkan pengikutnya terhibur.

Video yang dimuat naik itu memaparkan Yaya sedang disoal oleh abinya bertanyakan siapa yang memberikannya coklat. Dalam menjawab soalan abinya itu, macam-macam gaya si Yaya ini. Berikut adalah rakaman telatah si cilik bersoal jawab yang dimuat naik di laman Tiktok tersebut:

@frrzz_99

Saja saja gempaq 😂 #fypシ #yaya

♬ original sound – YAYA_Translators – YAYA_Translators

Alahai, kalau comel macam ini nak marah pun boleh terbantut! Macam-macam gaya ya si Yaya ini, nasiblah jawapan tetap konsisten walau apa pun. Perkongsian telatah ini telah meraih lebih setengah juta tontonan dan 73 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenai telatah si cilik ini di ruangan komen seperti berikut:

“Geramnyaa, Yaya jangan cepat besar tau! Cute betol”

Telatah Si Cilik Bersoal Jawab 3

“Muka Yaya kalau nak marah pon tak sampai hati sebab comel sangat Ya Allah”

Telatah Si Cilik Bersoal Jawab 2

“Cakap sambil melunjoq kaki tu yang rare…”

Telatah Si Cilik Bersoal Jawab 1