Nak belanja gelang besar tapi pilih yang kecil, teman lelaki cair dengan sikap Zarina Anjoulie

Nak belanja gelang besar tapi pilih yang kecil, teman lelaki cair dengan sikap Zarina Anjoulie

Percintaan selebriti, Zarina Anjoulie dengan pasangannya, dikenali sebagai Datuk Seri Elzy sememangnya kerap menjadi sorotan media memandangkan mereka tidak lokek berkongsi memon kebersamaan.

Belikan gelang emas

Kali ini, kekasih kepada pelakon tersebut telah berkongsi video menemani Anju membeli gelang tangan di kedai emas dan turut ‘membelanja’ teman wanitanya.

Dalam TikTok Datuk Seri Elzy, dia mengatakan betapa beruntungnya menjadi kekasih pelakon terbabit kerana dia langsung tidak tamak apabila ditawarkan membeli gelang yang lebih besar, Anju tetap mengambil yang kecil sahaja.

@abot_anjoulie

#fyp #zarinaanjoulie Papa shayang mama dunia & akhirat ❤

♬ bunyi asal – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟 – 🤟𝓗𝓮𝔃𝓻𝔂 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵🤟

Sangat hargai pemberian kekasih

Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul itu di ruangan Insta Story, sebelum ini dia memang sudah mempunyai design gelang seperti itu namun sudah sedikit kemik.

Jadi, dia cukup berterima kasih kepada kekasihnya kerana membelikan gelang baru dan buat ibunya juga.

Naik la pelamin cepat

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen di ruangan TikTok milik kekasih Anju. Rata-rata memuji pasangan ini kerana berasa gembira melihat pelakon filem Hantu Kuat Ketawa terbabit bahagia dengan pilihan hatinya sekarang.

Mereka juga seronok apabila melihat layanan yang diberikan Datuk Seri Elzy kepada selebriti seksi itu dan berharap hubungan mereka berkekalan.

Gelang yang kecil sebenarnya lagi comel

Kena gaya, Anju ni memang baik

Semoga bahagia selalu

Anju ni manja, dia kasar2 sebab orang tak hargai

Nampak bro sayang sangat dekat Anju

 

 

Sumber: TikTok @abot_anjolie, Instagram Zarina Anjolie