Najib Razak dikenakan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

Najib Razak dikenakan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta

 

Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Najib tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat dan hukuman tidak keterlaluan.

“Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” katanya dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah.

[Keputusan penuh menyusul]