Nafi segala tuduhan, Ustaz Ebit Lew buat laporan polis

Nafi segala tuduhan, Ustaz Ebit Lew buat laporan polis

Nampaknya masih belum selesai mengenai isu perselisihan faham di antara Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir al-Nuri berkaitan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru.

Disebabkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya, pendakwah terkenal itu membuat keputusan untuk membuat laporan polis bagi menafikan kesemuanya.

 

Walaubagaimanapun, Ustaz Ebit tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran laporan berkenaan. Namun menjelaskan bahawa segalanya akan diterangkan esok.

“Sebelum ini saya berdiam diri dengan tohmahan dan fitnah terhadap diri saya dari dulu lagi, namun berkaitan isu terbaru ini apabila anak dan isteri saya sendiri menangis dan kecewa mengenai segala tuduhan yang dilemparkan, maka saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis.”

ebit lew

Tambah lelaki itu lagi, dia berasa terkilan memandangkan laporan tidak berasas itu tular di media sosial sehingga menjejaskan emosi kelurga dan pasukan misi bantuan berkenaan.

“Apa yang saya boleh katakan laporan ini sememangnya bagi menyangkal dakwaan yang sebelum ini dikeluarkan oleh Nadir Al-Nuri dan selebriti Caprice. Segalanya akan saya perjelaskan esok.”

Apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

 

SUMBER : Berita Harian