Nad Zainal jijik dengan komen lucah lelaki di bulan Ramadan

Nad Zainal jijik dengan komen lucah lelaki di bulan Ramadan

Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu gurauan seksual dan pemeriksaaan datang bulan pelajar sekolah.

Menerusi Insta Story, pelakon Nad Zainal memuat naik luahan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen terutama golongan lelaki yang menulis komen berbaur body shaming dan seksis di bulan Ramadan.

“Tumit tak merah, tak daralah tu, ‘besar je dia punya tuut, mesti dah kena usik, ‘badan mantap, macam dah beranak je’. Itulah komen-komen para lelaki di bulan Ramadan. Pelbagai andaian yang boleh jatuh fitnah.

“Boleh pula dengan hanya melihat fizikal wanita, boleh buat andaian bukan-bukan. Rata-ratanya ingin mengaibkan wanita.

“Wanita bersaiz itu, berpakaian begini. Tak layak didengari, adakah itu yang anda maksudkan? Jijik!” luahnya.

Terdahulu, rata-rata netizen kesal apabila ada tular komen lucah datang daripada akaun Facebook, yang pemiliknya didakwa sebagai guru sekolah.