Nabil Ahmad cuak, istri nampak kesan gincu dibaju

Pasangan bahagia, pengacara popular Nabil Ahmad bersama isterinya, Zira Ayub juga antara pasangan yang disenangi peminat apabila perubahan mereka bersama-sama mengundang orang ramai seronok melihatnya.

Untuk pengetahuan sama seperti pasangan Johan dan Ozlynn, Nabil Ahmad dan isteri iaitu Zira Ayub juga menggunakan ruangan Instagram yang sama dan telah diikuti lebih 2.2 juta pengikut.

Selain berkongsikan kepada umum mengenai kerjaya Nabil Ahmad sebagai selebriti kepada peminatnya, pasangan sama cantik, sama padan ini juga menggunakan platform terbabit untuk memuat naik telatah mereka bersama.
Malah perkongsian terbaharu ini pula mengundang warganet tidak dapat menahan ketawa apabila isteri Nabil Ahmad merakam wajah cemasnya disaat bertanyakan soalan.

Melalui video, mereka yang dilihat meluangkan masa untuk makan disebuah tempat namun apa yang menjadi perhatian apabila isterinya bertanyakan tentang bekas gincu yang ada dibaju Nabil sehingga reaksinya itu pula mengundang gelak tawa bukan sahaja warganet malah rakan selebriti juga sama tidak dapat menahan ketawa.

“Haa cemas!!! Ade gincu kat baju haa”

Diruangan komen pula, rata-ratanya yang meninggalkan reaksi mereka gelak besar akibat reaksi cemas Nabil Ahmad yang menghiburkan mereka.