Ramai puji Mydin jual burger ayam 67 sen sebiji, burger stadium pun kalah

Ramai puji Mydin jual burger ayam 67 sen sebiji, burger stadium pun kalah

 

Tindakan pasar raya Mydin menjual burger ayam dengan harga serendah 67 sen baru-baru ini meraih perhatian orang ramai.

Walaupun dipasarkan dengan harga yang sangat murah, burger itu tetap dilengkapi dengan roti, ayam, mayonis, sos dan juga dua jenis sayuran iaitu kubis dan lobak merah.

Berdasarkan satu video dikongsi seorang pelanggan, tag harga tertulis bahawa pembelian burger itu terhad dua unit untuk setiap pelanggan dan promosi berlangsung selama tiga hari dari 23 sehingga 25 Ogos lalu.

Pelanggan itu juga berpuas hati dengan isi burger yang dijual, kerana lengkap semuanya.

Video itu dimuat naik di TikTok sebelum diulang kongsi oleh warga maya di platform X.

Perkongsian itu ternyata mengejutkan pengguna media sosial yang tidak menyangka bahawa makanan segera tersebut masih boleh didapati dengan harga mampu milik pada masa kini.

Rata-ratanya menyambut baik tindakan pasar raya tersebut malah disifatkan sebagai inisiatif yang baik terutamanya ketika harga barangan meningkat hari demi hari.

Difahamkan, harga kaw kaw murah itu kerana Mydin menyambut ulang tahun pasar raya mereka yang ke 67 tahun.