“My lawyer is ready anytime” Amin Idris respon amaran suami Ustazah Siti Afifah

“My lawyer is ready anytime” Amin Idris respon amaran suami Ustazah Siti Afifah

Penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah dan suaminya baru-baru ini dikatakan akan menfailkan saman ke atas beberapa pihak yang terdiri daripada pendakwah bebas serta pakar motivasi kerana mendakwa difitnah berkaitan beberapa isu kontroversi sebelum ini.

‘Urusan’ dengan Amin Idris tak habis di dunia

Kenyataan tersebut dibuat menerusi siaran langsung di media sosial milik mereka dan ada menyebut beberapa nama seperti Amin Idris, Dato’ Dr Danial dan seorang lagi pendakwah.

My Lowyer is ready anytime

Susulan daripada itu, pakar motivasi dan juga personaliti TV, Amin Idris telah membalas kenyataan tersebut di ruangan Instagram dan Facebooknya dengan mengatakan tidak gentar untuk disaman.

 

 

Dalam hantaran tersebut, Amin membidas semula apa yang diperkatakan suami kepada Ustazah Siti Afifah dengan menyimpulkan apa yang diucapkan oleh mereka semua ‘takpe’, namun apabila dikritik mereka mulai ‘melenting’.

Ujarnya, dia mempersilakan pasangan suami isteri itu untuk menyamannya kerana peguam dipihaknya sentiasa bersedia setiap masa.

Terima kasih mewakili kami

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkanya mereka menyokong tindakan Amin Idris kerana sudah ‘penat’ dengan segala kenyataan yang dibuat oleh pasangan pendakwah itu.

Ada juga yang merasakan tindakan menegur sesama pendakwah tidak salah dan seharusnya mereka mengucapkan terima kasih, bukannya melenting sehingga mengelirukan banyak pihak lagi.

 

Lawan dengan ilmu

Kebenaran pasti menang

Tiba masa JAKIM ambil tindakan

Panas hati bila ulama dipersendakan

 

Sumber: Instagram Amin Idris, YouTube Siti Afifah Shahbudin