Mungkin terlalu rindu, mata kucing mula ‘berkaca’ seakan menangis saat dengar suara tuan melalui video

Mungkin terlalu rindu, mata kucing mula ‘berkaca’ seakan menangis saat dengar suara tuan melalui video

Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling disukai ramai orang. Kebiasaannya, keluarga yang memelihara haiwan ini sudah tidak menganggap mereka sebagai haiwan, malahan menyayangi mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Seperti kisah seorang wanita dan kucingnya ini, kerana terlalu rapat dan menyayangi kucingnya, wanita ini telah berkeputusan untuk memasang kamera di rumahnya bagi memerhatikan kucing kesayangannya ketika dia terpaksa berjauhan dengan kucingnya buat sementara waktu untuk melawat ibu bapanya.

Pasang kamera sebab taknak kucing rasa kesepian

Wanita yang berasal dari Xuzhou, China bernama Meng ini memiliki kucing yang bernama Fu Fu. Dia dilaporkan terpaksa meninggalkan kucingnya di rumah secara berseorangan. Oleh yang demikian, dia memutuskan untuk memasang kamera di rumahnya bagi meninjau keadaan kucing kesayangannya itu.

 

Kerana kucing dewasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza, wanita itu berfikiran bahawa ianya tidak bagus untuk kucingnya itu. Disebabkan itu, Meng menggunakan kamera untuk berinteraksi dengan kucingnya. Dengan cara itu, Fu Fu tidak akan merasa sendirian.

Kucing itu tampak seakan menangis ketika mendengar suara pemiliknya bercakap

Dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat bahawa mata kucing tersebut tampak berair ketika pemiliknya menanyakan kepadanya bahawa adakah dia merindukannya. Kucing tersebut dapat didengari mengiau dan cuba untuk menyentuh pemiliknya semasa dia sedang bercakap.

Kerana terlalu sayang kepada kucingnya, Meng berasa tersentuh apabila melihat kucingnya itu menangis. Disebabkan itu, dia telah memutuskan untuk pulang dengan lebih awal dan kembali ke sisi kucing kesayangannya.

Video tersebut telah menjadi tular di internet, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 18 ribu kali.