“Mungkin ini video terakhir…”, selalu jadi panduan, PakSu mungkin tak buat lagi ‘Contet’ pasal kereta api

“Mungkin ini video terakhir…”, selalu jadi panduan, PakSu mungkin tak buat lagi ‘Contet’ pasal kereta api

Di Malaysia, tidak dinafikan memang banyak kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan termasuk pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Tanpa sedar, kemudahan-kemudahan ini telah membuatkan urusan kita lancar seperti untuk ke tempat kerja, balik kampung mahu pun pergi bercuti.

Bercakap soal kereta api, ia merupakan salah satu kemudahan awam yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia terutama Light Rail Transit (LRT) sebagai medium untuk ke tempat kerja bagi mereka yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

Selain LRT, di Malaysia juga mempunyai kemudahan kereta api yang menghubungkan kawasan jarak jauh dari selatan hingga ke utara iaitu Electric Train Service (ETS). Kemudahan ini sesuai untuk mereka yang ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti.

Dalam pada itu, terdapat juga kereta api yang menghubungkan terus ke negara jiran, Thailand. Jadi, tak susah pun kalau nak pergi melancong ke Thailand sebab dah boleh naik kereta api yang terus sampai ke Thailand.

Namun, mungkin ada yang tak tahu macam mana cara nak naik kereta apa ini kan? Menerusi hantaran video di platform aplikasi TikTok, salah seorang krew kereta api, Redzuan Manaf atau mesra dipanggil Paksu sering berkongsi video-video berkaitan ETS seperti jenis-jenis gerabak, cafe dan sebagainya.

Hal tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan meyakinkan orang awam yang takut dan kurang yakin untuk mencuba menaiki ETS ini. Difahamkan, terdapat beberapa tahap gerabak yang disediakan dengan harga yang berbeza termasuklah Superior Night Sleep iaitu gerabak jenis katil.

Namun, menerusi hantaran video terbarunya, dia memaklumkan berkemungkinan selepas ini tidak lagi akan menerbitkan sebarang kandungan berkenaan kereta api.

“Mungkin ini video tiktok terakhir paksu post pasal kereta api. Lepas ni mungkin takkan ada lagi. Cukuplah setakat ini paksu berkongsi. Terima kasih banyak pada semua yang menyokong paksu selama hari ini. Jasa anda semua paksu akan ingat sampai mati,” tulisnya.

ADVERTISEMENT

@redzuanmanaf87

Mungkin ini video tiktok terakhir paksu post pasal keretapi. Lepas ni mungkin takkan ada lagi. Cukuplah setakat ini paksu berkongsi. Terima kasih banyak pada semua yang menyokong paksu selama harini. Jasa korang paksu akan ingat sampai mati. 😭🙏❤️‍🔥 #fyp #foryoupage #foryourpage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #foryou

♬ suara asli – Positive Vibes Lesti kejora

 

@redzuanmanaf87

Guys. Nah paksu kongsi harga untuk tren My Sawadee Kuala Lumpur 🚆 Hat Yai 🚆 Kuala Lumpur kat hangpa. Yang mana duk tanya paksu berapa harga tiket semua…..simpan video paksu ni na. Ni harga untuk sehala. Jangan duk kata paksu tak belanja. Paksu pangg juga hangpa punya dahi tu ya. Hahaha!!! 👮🏻‍♂️👍❤️🇹🇭🇲🇾 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #fypdongggggggg

♬ original sound – RedzuanManaf87 – RedzuanManaf87

 

@redzuanmanaf87

Reply to @johnlabu184 Lawa dan selesa sangat hangpa. Memang berbaloi untuk di cuba. Karaoke dalam keretapi…..memang sempoi gila. Bulan depan ada trip lagi hangpa (moh la kita pi Hatyai sama-sama na). Book tiket awal ya. 🚆😍👍❤️ #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #foryou

♬ original sound – RedzuanManaf87 – RedzuanManaf87

Apa kata netizen

Rata-rata netizen bersedih dengan tindakan Paksu dan ada yang mendakwa bahawa mereka berani naik ETS lepas tengok video-video yang dimuat naik olehnya. Jom lihat apa lagi pendapat netizen mengenai hal ini.

“Nak ke mana paksu…”

“Paksu ok tak?..”

“Tengok TikTok Paksu, saya dah pandai naik ETS…”

Kesimpulannya, setiap perkara baik yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil sama ada untuk diri kita atau pun kepada orang lain.

Seperti apa yang dilakukan oleh Paksu ini, lebih ramai orang yang semakin berani untuk cuba perkara baru dalam hidup mereka yang mungkin sebelum ini diselubungi perasaan takut dan sebagainya. Oleh itu, selagi perkara yang kita buat itu mendatangkan faedah, teruskan tanpa fikir apa orang lain akan kata.

 

Sumber: Redzuan Manaf (TikTok)