”Mungkin hanya naluri sebagai ibu,” Budak ‘tergantung’ di geriji besi, wanita hulur bahu selama 20 minit dipuji ramai

”Mungkin hanya naluri sebagai ibu,” Budak ‘tergantung’ di geriji besi, wanita hulur bahu selama 20 minit dipuji ramai

Tindakan seorang wanita yang berani dan pantas membuat keputusan berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di jeriji pagar tingkap di tingkat dua.

Kejadian tersebut berlaku di daerah Hubei, China apabila wanita itu pada mulanya terdengar kanak-kanak itu menangis. Tanpa membuang masa, dia dilaporkan telah memanjat ke atas dan menyokong kaki kanak-kanak itu dengan bahunya.

 

Menurut South China Morning Post, wanita tersebut telah membiarkan bahunya ‘dipijak’ selama kira-kira 20 minit sebelum dua orang lelaki cuba membantu.

Seorang lelaki dipercayai telah memanjat jeriji pagar tingkap untuk membantu membebaskan kanak-kanak yang terperangkap itu.

Kanak-kanak itu dilaporkan telah terjatuh secara tidak sengaja ketika berada di rumah sendirian. Menurut sumber, dia akhirnya berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Wanita yang menjadi penyelamat awalnya itu mengatakan bahawa dia sendiri tidak tahu punca keberanian itu datang. “Mungkin hanya naluri sebagai ibu,” katanya.

Ekoran daripada kejadian itu, wanita itu menerima banyak penghormatan dan pujian daripada netizen disebabkan tindakan beraninya itu.

Antara komen yang ditulis di ruangan media sosial;

Ini menunjukkan betapa hebatnya kasih sayang ibu.”

Setelah menjadi seorang ibu, saya rasa saya juga akan melakukan perkara yang sama dengannya.”

Namun, ada juga yang merasakan bahawa tindakan tersebut bukan sekadar kasih sayang ibu tetapi merupakan belas kasihan terhadap manusia;

Tidak pasti saya akan menyebutnya sebagai kasih sayang ibu. Sepertinya belas kasihan manusia atau peduli untuk menyelamatkan nyawa seseorang …

Sumber: South China Morning Post