Muncul dalam video bersama Bienda, Waheeda bakal buat ‘comeback’ selepas 10 tahun menyepi

Muncul dalam video bersama Bienda, Waheeda bakal buat ‘comeback’ selepas 10 tahun menyepi

‘Ke mana saja wassini, tak kira masa wassini, apapun jua wassini, segalanya, wassini’. Dengar saja pasti ramai masih mengingati bait-bait lagu yang pernah popular sekitar pertengahan tahun 2000-an ini. Sejak berumah tangga pada 2009 dengan seorang penyanyi serta pendakwah bebas Akhil Hayy, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab memutuskan untuk bersara dari dunia seni.

Ada hadir di ‘Gema Gegar Vaganza 2’ pada tahun 2018

5 Tahun lalu, penampilannya sempat menjadi bualan selepas dilihat hadir bersama suami di ‘Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Ke-2’. Awalnya, ramai tidak mengecam penyanyi wanita tersebut kerana mengenakan niqab bertutup, namun suaranya tetap tak berubah.

 

Hampir 15 Tahun 'Senyap', Peminat Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda Wassini 2Hampir 15 Tahun 'Senyap', Peminat Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda Wassini 3

Kerjasama yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nanti

Terbaru, Waheeda dilihat muncul kembali menerusi satu rakaman bersama rakan artis iaitu Bienda yang pernah popular di era sama. Masih mengekalkan penampilan sama, kedua-dua selebriti tersebut cukup gembira dan saling berdakapan selain difahamkan akan bekerjasama untuk satu projek baru yang belum diumumkan lagi.

 

@biendalovers

Kerjasama yang ditunggu2, yang dinanti2 hehehe 🙈. Doakan agar segalanya dipermudahkan tau 🤲🏻♥️. #waheeda #waheedawassini #bienda #biendalavienda #teambienda #biendalovers #blbybienda #papapaubienda #papapaujalankuching #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysia #tiktokmalaysian #videoviral #viralmalaysia

♬ original sound – Bienda Lovers – Bienda Lovers

Hampir 15 Tahun 'Senyap', Peminat Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda Wassini 4

Bila dapat lelaki yang tepat, subhanAllah hebat perubahan Waheeda…Tengok mata pun dah kenal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama teruja melihat update terbaru tentang Waheeda yang dirindui. Dalam pada itu, ramai akui wanita tersebut tetap cantik dan manis meskipun berimej tertutup.

Hampir 15 Tahun 'Senyap', Peminat Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda Wassini 5Hampir 15 Tahun 'Senyap', Peminat Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda Wassini 6Hampir 15 Tahun 'Senyap', Peminat Teruja Bienda Kongsi Video Waheeda Wassini 7

 

 

Kredit: TikTok Bienda Lovers