“Muka tak rela…” Datang ke majlis perkahwinan dengan t-shirt undang ketawa

“Muka tak rela…” Datang ke majlis perkahwinan dengan t-shirt undang ketawa

Pasangan raja sehari akan menjadi tumpuan ramai di majlis perkahwinan mereka jadi wajarlah untuk mereka berhias secantik mungkin dengan solekan dan busana yang menonjol.

Dalam tradisi barat, perempuan akan memakai gown serba putih manakala lelaki akan memakai sut berwarna hitam. Namun sesetengah pasangan mungkin ingin tampil dengan kelainan dan memakai pakaian yang agak berbeza pada hari perkahwinan mereka.

Apa sahaja tema busana sesuatu pasangan itu, yang paling penting pasangan pengantin tentunya ingin pakaian mereka sedondon agar mereka kelihatan seperti pinang dibelah dua.

Jadi apabila seorang lelaki ini tampil ke majlis perkahwinannya tanpa sut pengantin, ramai yang simpati bukan sahaja untuk isterinya tetapi juga untuk dirinya yang kelihatan tidak gembira.

Dalam tangkapan skrin posting di Facebook yang tular di Twitter, seorang lelaki berkongsikan beberapa gambar di majlis perkahwinannya.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan lelaki tersebut yang memakai T-shirt putih dengan seluar denim pendek, sementara isterinya lengkap memakai gown putih.

Selain itu, reaksi lelaki berkenaan yang merupakan seorang rappers itu kelihatan seperti tiada perasaan membuat ramai yakin bahawa dia tak rela berada di situ.