“Muka gangster dah…”, Lelaki takut jarum terima suntikan, member tolong pegangkan tangan

“Muka gangster dah…”, Lelaki takut jarum terima suntikan, member tolong pegangkan tangan

Jarum suntikan atau untuk ambil darah kadang-kadang menjadi satu trauma buat segelintir masyarakat. Situasi ini pastinya biasa dapat dilihat di pusat kesihatan, klinik mahu pun hospital. Namun ianya hanya berlaku pada sesetengah orang sahaja.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang lelaki takut jarum terima suntikan telah tular di sosial media. Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kerusi seakan sudah bersedia untuk disuntik.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila lelaki tersebut mula membaca ayat kursi apabila jarum suntikan itu mula mendekatinya. Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki takut jarum suntikan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini:

Dah macam mana gaya boleh terkeluar ayat Kursi pula ini? Nampak jarum macam nampak hantu pula! Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah membuatkan ramai terhibur. Video ini turut meraih lebih 298 ribu tontonan dan 4,200 retweets serta 4,500 likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Macam tak kena ek dengan subang dan rambut pacak tu. Ingat kan dah cukup gangster”

Lelaki Takut Jarum 3

“Hahaha. Biar telinga bertindik, tapi zikir dan ayat kursi tak tinggal”

Lelaki Takut Jarum 2

“Adoi berdekah. Nasib ada orang pegang tangan, kalau tak pegang memang makan penumbuk dah nurse tu”

Lelaki Takut Jarum 1