Mudah perlupa, Nabila Huda minta kongsi petua pulihkan ingatan
Pelakon Nabila Huda bimbang dengan keadaan dirinya yang semakin mudah lupa untuk mengingati sesuatu perkara.
Menerusi perkongsian di Twitter milik Nabila, dia memohon bantuan pengikutnya tentang rawatan yang boleh dilakukan bagi membantu memulihkan ingatan.
“Saya rasa otak dah rosaklah. Sekarang jadi susah nak ingat. Letak telefon tak ingat. Nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Siapa tahu makanan tambahan apa yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Dengar macam kelakar bunyinya tapi saya serius. Saya takut kalau cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip dan dialog. Musnahlah karier saya. Tolong bantu saya,” tulisnya.
Maybe faktor umur but seriously i need help. Nanti share with me please any supplements. Nanti abil buat research.Thank you guys!🙏🏼❤️ pic.twitter.com/MkNMJYm4dQ
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) July 2, 2022
Kemudian, dia berkongsi beberapa amalan yang boleh dilakukan selepas membuat kajian dan menerima banyak cadangan daripada teman rapat dan pengikutnya.
“Jadi, saya dah pilih mana yang terbaik buat saya dan kalian juga boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” ujarnya.
Menurutnya, pada waktu bangun tidur malam, ambil buah-buahan seperti kurma, buah zaitun, buah fig dan segelas air zam zam serta amalkan doa yang dicadangkan oleh ustazahnya.