“Muda-muda dah kaya” Masya Masyitah pakai kereta Porsche harga cecah RM700K?

“Muda-muda dah kaya” Masya Masyitah pakai kereta Porsche harga cecah RM700K?

Sebut saja nama Masya Masyitah, ramai mengetahui tentang fesyen dan penampilan digayakan yang disifatkan ‘pelik’ kerana kurang sesuai dengan imej berhijabnya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 22 tahun itu sering menjadi inspirasi anak muda apabila mampu memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta hasil usaha kerasnya sebagai anak seni selama ini.

Baru-baru ini, Masya ada memuat naik beberapa foto dirinya bersama sebuah kereta mewah dipercayai model Porsche 718 Cayman sehingga menarik perhatian pengikut di laman Instagram.

Kereta cecah harga RM700,000?

Memetik laporan Cari Forum, kenderaan tersebut dipercayai berjaya dibeli Marsya kerana dia pernah berkongsi satu InstaStory ketika memandu kereta yang dikatakan mencecah harga RM700,000 itu.

“Tiada apa yang mustahil atas dunia ini… semua perkara boleh dilakukan dengan keyakinan,” tulis penyanyi lagu Teman Bintang itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum melihat kemampuan serta kemewahan Marsya yang mempunyai kereta mewah ‘selevel’ golongan bergelar jutawan.

Muda-muda dah kaya, tahniah!

Cantiknya kereta

Berdasarkan info dari Careta, Porsche model 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder hadir dengan enjin 4.0 liter aspirasi natural flat-six yang digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Sumber: Instagram Masya Masyitah , Cari Forum , Careta