“Muat RM2 juta je” mengeluh bonet Lamborghini kecil nak simpan duit, ushawan ditegur netizen
Seorang pengasas produk kecantikan tampil menjawab soalan pengikut yang bertanya sekiranya berbaloi untuk memiliki kereta model Lamborghini seperti digunakannya dalam kehidupan seharian.
Menerusi satu video di aplikasi TikTok, usahawan wanita itu bagaimanapun mengeluh kerana ia tidak berbaloi memandangkan kenderaan mewah tersebut mempunyai saiz bonet yang kecil.
Bonet muat RM2 juta je!
@farhanazahra91 Hmmm xberbaloi betul , tengok la tu muat 2 juta je duit yg ayunieso bagi , nanti lagi 8 juta yg dia kena bayar cikna nak letak mana 😭😭😭 #lamborghini #bodyguard #cikna
Lebih menarik perhatian netizen apabila dia berkata, ruang bonet kecil itu menyebabkan dirinya tidak dapat memuatkan sejumlah duit bernilai jutaan ringgit dipercayai diperoleh daripada hasil perniagaan.
“Okey ramai tanya, berbaloi ke beli kereta Lamborghini ni? Jom saya tunjuk berbaloi ke tak.. hmm tak berbaloi sebabnya dalam bonet ni, muat RM2 juta je.
Jadi tak berbaloi beli kereta ni, sebab bonet dia kecil.. boleh letak duit sikit je,” katanya dalam video dimuat naik baru-baru ini.
Difahamkan, usahawan berkenaan juga seolah-olah ‘buntu’ mencari ruang untuk menyimpan duit kerana akan menerima lagi pembayaran sebanyak RM8 juta daripada rakan perniagaan.
“Mmm tak berbaloi betul, tengok la tu muat RM2 juta je duit yang Ayunieso (rakan bisnes) bagi, nanti lagi RM8 juta yang dia kena bayar nak letak mana,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video berdurasi hampir seminit itu meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 5,000 komen netizen yang rata-rata mengkritik aksi usahawan itu seperti gemar mempamerkan kekayaan.
Tidak kurang juga terdapat segelintir individu melabel usahawan tersebut sebagai riak selain meninggalkan pelbagai ayat berbentuk sindiran.
Bila-bila Allah boleh tarik rezeki
Mungkin hidupnya sedang diuji
Buka bonet pun macam susah, kereta sewa ke?
Kenapa la jadi macam ni…
Riak! Tanah yang bersifat langit
Mungkin itu antara taktik perniagaan dilakukan. Makin banyak kecaman, makin laris produk dijual. Apapun jangan gemar menunjuk, risau sekiranya ada mata-mata ‘jahat’ yang memerhati.
Sumber: TikTok