Muat naik gambar tisu Mydin, topi & beras, Aeril Zafrel dikatakan sengaja mengeruhkan keadaan?

Muat naik gambar tisu Mydin, topi & beras, Aeril Zafrel dikatakan sengaja mengeruhkan keadaan?

Usahawan dan pelakon terkenal, Aeril Zafrel menjadi bualan netizen apabila dia berkongsi sebuah gambar yang mempunyai kaitan isu penyanyi rap sensasi, Caprice dan pasaraya tersohor, Mydin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aeril di laman Instagramnya, terdapat sebuah gambar yang memaparkan tiga barangan yang diletakkan atas meja iaitu topi, beras dan tisu jenama Mydin.

 

 

“Ini dah jumpa depan-depan, apa lagi gaduh la, tak akan diam je. Sekadar mengeruhkan keadaan,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Netizen terhibur!

Susulan itu, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian suami kepada usahawan dan pelakon jelita, Wawa Zainal yang begitu berani menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan oleh umum di media sosial.

Aeril tak takut kena mangsa saman seterusnya ke?

Malah, ada juga netizen meluahkan rasa bimbang mereka rahsia Aeril akan dibongkarkan oleh Caprice dan menjadi mangsa saman yang seterusnya gara-gara hantarannya itu.

Terdahulu, Caprice dikatakan memfailkan saman RM30 juta ke atas Mydin kerana sebuah ciapan pihak tersebut di Twitter yang berbaur sindiran dan menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka di media sosial.

Sumber: Instagram @aeril_zafrel