Muat naik gambar passport, MK K-Clique nak mendirikan rumah tangga?

Muat naik gambar passport, MK K-Clique nak mendirikan rumah tangga?

Tindakan pelakon dan juga penyanyi, MK K-Clique sekali lagi mengundang resah dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik foto pasport di Instagram miliknya, baru-baru ini.

 

Seperti biasalah, muncul pula spekulasi dalam kalangan peminat yang mengatakan MK K-Clique akan mengakhiri zaman bujang tidak lama sahaja lagi.

Malah, ada juga yang membayangkan MK merupakan bakal suami mereka. Amboi!

Ini semua gara-gara Zizi Kirana pernah memuat naik foto pasport miliknya bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin dan mengumumkan pernikahan mereka di Instagram.

Jika ya, ramai la kecewa nampaknya!