“Mommy nak baby boy 1…” Budak menangis nak baby, ibu pening melayan

“Mommy nak baby boy 1…” Budak menangis nak baby, ibu pening melayan

Telatah kanak-kanak memang adakalanya tidak dapat dijangka. Terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, pastinya pening setiap kali perlu melayan keletah mereka. Sama seperti yang dikongsikan ibu ini apabila anak lelakinya melalak gara-gara mahukan seorang bayi lelaki.

Gelagat lucu kanak-kanak ini berjaya menghiburkan ramai apabila dia dengan selambanya meminta seorang bayi lelaki selepas melihat pak ciknya mendukung bayi. Walaupun pada awalnya ramai menganggap ianya hanyalah gurauan tapi siapa sangka, kanak-kanak lelaki itu benar-benar mahukannya sehingga sanggup menangis.

@elliza.razak

Dia ingat nak dapat Baby tu semudah ABC??? 🤦🏻‍♀️ Emmir… Emmir… Pening mommy harini nak handle awak 🥴 #fyp #ellizarazakcoway #belibabykattesco

♬ original sound – elliza.razak – elliza.razak

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak lelaki itu dilihat memerhatikan pak ciknya yang sedang mendukung seorang bayi. Dia kemudian meminta pada ibunya untuk dibelikan seorang bayi lelaki sama seperti yang dilihatnya. Permintaannya mengundang ketawa dari orang di sekeliling sehingga mereka berseloroh mahu membelinya di pasar raya.

Namun tidak lama kemudian, kanak-kanak lelaki itu mula menangis apabila permintaannya itu tidak dapat ditunaikan. Sampaikan kedua-dua ibu bapanya pening memikirkan permintaan aneh dari anak mereka ini. Di ruangan komen, gelagat comel kanak-kanak ini turut menghiburkan para netizen. Ada juga yang berseloroh mahu turut sama membeli bayi di pasar raya seperti yang diminta kanak-kanak ini.