Mommy jerung merah perjelas sebab guna nama Sofiaa Marieylla

Mommy jerung merah perjelas sebab guna nama Sofiaa Marieylla

Dua minggu lalu, kecoh di laman sosial apabila peserta Big Stage 2022, Sofiaa Marieylla mendedahkan yang nama sebenarnya ialah Siti Mariam.

Menerusi temu bual yang viral tersebut, ramai netizen mempertikaikan kenapa nama asalnya begitu jauh jika mahu dibandingkan dengan nama pentasnya, Sofiaa Marieylla.

Justeru, berkesempatan bertemu dengan Sofiaa pada sesi sidang media konsert kedua Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam minggu lalu, Gempak bertanyakan bagaimanakah wanita yang sinonim dengan gelaran Mummy Jerung itu mendapat nama pentasnya.

Dalam pada itu, Sofiaa turut menjelaskan sebab lain mengapakah dia menggunakan nama pentas tersebut.