“Mohon tunjuk ajar, bimbingan & doa semua”, nama Adam Adli trending Timb.Menteri paling muda
Rata-rata, para warganet mengucapkan tahniah kepada beliau di atas perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Ada yang menzahirkan rasa terharu dan seakan-akan tidak percaya karier politiknya memandangkan dahulu beliau lebih terkenal sebagai aktivis pelajar ketika zaman pengajian di sebuah universiti. Bersama dengan Menteri KBS, YB Hannah Yeoh, ramai yang berpendapat gandingan dua pemimpin muda ini merupakan duo yang tepat untuk menerajui kementerian tersebut.
Malah, YB Hannah Yeoh sendiri turut berkongsi rasa gembiranya dengan pengumuman pelantikan tersebut melalui satu ciapan di Twitternya
Yay @AdamAdli bersama saya di @KBSMalaysia
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) December 9, 2022
YB Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mendapat ucapan tahniah daripada sayap dalam PKR yang dipimpinya itu.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Adam Adli, Ketua Angkatan Muda Keadilan atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Semoga saudara diberi kekuatan dan dipermudah urusan untuk melunaskan tanggungjawab ini. pic.twitter.com/YUWDslU17u
— AMK Malaysia (@AMKMalaysia) December 9, 2022
Beliau turut berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih terhadap YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada dirinya.
Terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim @anwaribrahim atas kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mohon tunjuk ajar, bimbingan dan doa dari semua.
Jumpa nanti YBM @hannahyeoh dan warga @KBSMalaysia, looking forward! #DemiPertiwi
— Adam Adli 🏴 (@AdamAdli) December 9, 2022
Di samping itu, beliau turut memohon kedua-dua individu yang lebih berpengalaman tersebut memberikan tunjuk ajar kepadanya yang pertama kali dilantik dalam Kabinet.
Dengan pelantikan tersebut, YB Adam Adli menjadi Timbalan Menteri paling muda dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau dilahirkan pada 3 Julai 1989 dan berumur 33 tahun ketika pelantikan ini dibuat.
Membuat penampilan dalam PRU 15 lalu, beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen P137 Hang Tuah Jaya dengan majoriti 8,638 undi di bawah lambang Pakatan Harapan.
Sumber: Twitter