Model terkenal Perancis, Marine El Himer peluk islam

Model terkenal Perancis, Marine El Himer peluk islam

Bintang rancangan televisyen dan model terkenal Perancis, Marine El Himer dengan bangganya mengumumkan dia kini memeluk Islam. Detik-detik bersejarah hari bahagianya itu diumumkan menerusi laman Instagram miliknya.

Marine berkata, dia sudah lama memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu, naun tidak membuat pendedahan kepada umum sehinggalah pada minggu lalu.

Melihat kepada hantaran dibuatnya di laman Instagram, Marine berkongsi detik dia mengucap kalimah syahadah di hadapan imam di dalam sebuah masjid.

 

 

Dalam hantaran tersebut, Marine turut meluahkan isi hatinya mengenai kisah penghijrahannya.

“Terdapat jalan yang perlu anda lalui sendirian. Tiada kawan, tiada keluarga, tiada pasangan. Hanya awak dan Allah. Sebahagian daripada anda mengetahuinya tapi masih ramai yang bertanya soalan tentang penghijrahan ini.
“Walaupun saya berasa terpelihara setelah berhijrah, saya tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi bahawa saya sudah memeluk Islam beberapa bulan yang lalu,”tulisnya.

Dalam masa sama, Marine memberitahu keputusan yang dibuat untuk memeluk Islam itu adalah pilihan jiwa dan hatinya sendiri. Malah, dia turut menegaskan setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menukar agama lain.

 

 

 

Selain itu, Marine juga memberitahu dia tidak malu untuk menukar agama dengan memilih Islam sebagai pilihannya. Model berketurunan Maghribi-Mesir ini menegaskan Islam dapat memberi ketenangan fikiran, hati dan jiwanya.

 

 

Berita penghijrahannya itu diterima baik di kalangan peminat di mana rata-rata mengucap tahniah kerana berani berhijrah di saat sedang berada di puncak populariti sebagai seorang model dan influencer terkenal selain mempunyai pengikut di laman Instagram lebih 1.5 juta.

Sekadar info, Marine dilahirkan pada Julai 1993 di Bordeaux, selatan Perancis dan mempunyai saudara kembar bernama Oceane El Himer.

Sumber: Siasat, Instagram @marinelhimer