Mizz Nina bawa baby Musa tunai umrah, beri pendedahan awal

Mizz Nina bawa baby Musa tunai umrah, beri pendedahan awal

Di Instagram, aktivis kemanusiaan, Mizz Nina memuat naik sekeping foto bersama anak angkatnya, Musa ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, semalam.

 

 

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang buat dirinya dan Musa untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci. Tambah Mizz Nina, dia berharap Musa memiliki akhlak yang baik, beriman, benar dan tawakal.

Musa sudah mendengar kisah mengenai haji sejak usianya beberapa bulan. Alhamdulilah dia dapat tengok keadaan yang sebenar pada masa ini.

Terdahulu, Mizz Nina antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC). Mizz Nina dipilih menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan berikutan pelbagai sumbangan dan jasanya dalam misi kemanusiaan dijalankan sehingga ke luar negara.

Difahamkan Mizz Nina aktif sebagai aktivis kemanusian sejak 2013 dan sudah melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017. Terdahulu pada 2016, Mizz Nina bersama rakan kongsinya ada mengasaskan saluran gaya hidup Islam iaitu Deen of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang menghasilkan beberapa siri TV dan program bual bicara.

Sumber: Mizz Nina