“Misteri, tiba-tiba saja berbunyi”, Kongsi video ‘scanner’ kesan haba tapi tiada orang lalu

“Misteri, tiba-tiba saja berbunyi”, Kongsi video ‘scanner’ kesan haba tapi tiada orang lalu

Dunia ini bukan kita sahaja yang huni. Ada juga makhluk lain sama ada yang boleh dilihat dengan mata kasar mahupun organisma seni. Bukan itu sahaja, ada juga hidupan lain di alam ghaib yang perlu kita imani seperti kewujudan malaikat, jin dan syaitan.

Biarpun ada perkara ‘mistik’ yang boleh kita rungkaikan dari sudut sains, namun perlu diakui, masih ada perkara yang kekal misteri di bumi ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalaman misterinya apabila pengimbas suhu di premis perniagaannya berbunyi sendiri seakan sedang mengimbas suhu seseorang.

Pun begitu, kongsi @afndysdtiada pelanggan mahupun sesiapa yang dilihat masuk melalui pintu tersebut. Malah, kejadian itu dikatakan hanya berlaku pada waktu Maghrib sahaja.

Rakaman itu telah menarik perhatian orang ramai di laman tersebut. Ada yang berkongsi pengalaman serupa, tak kurang juga ada yang membuat lawak jenaka.

Patuh SOP sebelum nak ganggu orang

Cuba semak MySejahtera, kot-kot ada dalam senarai

Nasib suhu normal, kalau demam jangan bagi masuk

Dia seronok nak imbas, alam dia takde

Dia scan MySejahtera tak?

Bagaimanapun, pemilik video berkenaan tidak menolak kemungkinan jika alat tersebut mengalami gangguan atau pepijat.

Sumber: @afndysd