Misteri terbongkar di sebalik penampakan ‘manusia’ berselubung putih di tengah gurun, tak sangka ini jawapannya

Misteri terbongkar di sebalik penampakan ‘manusia’ berselubung putih di tengah gurun, tak sangka ini jawapannya

Sebelum ini tular video yang merakamkan kelibat putih di sebuah kawasan gurun yang seakan-akan sedang melakukan sebuah ritual.

Dalam rakaman melalui aplikasi Google Earth, kelihatan sebuah lokasi yang berbentuk seperti cap jari manusia dipercayai di Rhyolite, Nevada.

Apabila di zoom, kelihatan kelibat sekumpulan manusia yang tampak seperti sedang melakukan sebuah ritual dengan berpakaian putih.

@amj_oud

😳😱😳😱😳😱#maps_maroc #amj_oud #غرائب_الخرائط #foryou

♬ sonido original – Misterios de Google earth

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 35 juta tontonan, di mana ramai yang tertanya-tanya dan seram melihat kelibat tersebut.

Bagaimanapun, persoalan mereka terjawab apabila salah seorang penonton memberitahu bahawa kumpulan yang kononnya sedang melakukan aksi ritual itu adalah binaan arca sebuah muzium terbuka di sana.

Dinamakan Goldwell Open Air Museum, ia terletak di sebuah jalan menghala ke Death Valley, California.

Hasil rujukan di laman web rasmi muzium berkenaan mendapati arca tersebut telah dibina oleh sekumpulan seniman terkenal Belgium yang diketuai oleh Albert Szukalski.

Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: Google

Menurut Mirror.uk, Rhyolite merupakan bandar perlombongan yang bermula pada abad ke 20, namun sekitar 1920, ia telah ditinggalkan dan menjadi lokasi tarikan pelancong yang popular.

Sumber: TikTok, Mirror.ukGold Well Museum