Mirip samseng dalam Squid Game, lelaki ini raih perhatian ramai– “Dia kat Malaysia ke?”

Mirip samseng dalam Squid Game, lelaki ini raih perhatian ramai– “Dia kat Malaysia ke?”

Pusat beli-belah di Sunway Pyramid pasti menerima ramai pengunjung ketika ini terutama dalam kalangan peminat drama siri Netflix yang menjadi fenomena iaitu Squid Game.

Mana tidaknya, replika patung besar dari salah satu permainan dalam drama tersebut ‘muncul’ di tengah pusat beli-belah berkenaan sempena acara eksklusif yang berlangsung sehingga hujung bulan ini.

Bagi seorang pengguna aplikasi TikTok @richgirlish, dia tidak menyangka dapat bertemu dengan ‘kembar’ salah seorang watak dalam drama berkenaan iaitu Deok-Su yang merupakan pemain nombor 101.

 

Nak tengok tak ‘oppa’ i tak?

@richgirlish

Sis da sampai korea ,doakan sis selamat dalam #squidgame ok? #tiktokmalaysia #VslRichKl #foryou #netflix

♬ original sound – Rich Girlish – Rich Girlish

Kalau korang nak tahu, Deok-Su lakonan Heo Sung-tae itu antara paling dibenci penonton kerana menjayakan watak samseng yang sering menimbulkan masalah dalam kalangan pemain.

Video dikongsi @richgirlish yang kononnya telah berjumpa dengan ‘Deok-Su’ di Korea sekali gus mengundang perhatian netizen sehingga meraih lebih sejuta tontonan.

Rata-rata bertanya siapa gerangan ‘oppa’ tersebut, adakah pelakon sebenar sudah tiba di Malaysia? Bagaimanapun, mereka mengakui wajah lelaki itu kelihatan mirip seperti Deok-Su.

Betul ke ni?

Bestnya dapat jumpa ‘oppa’…

Siapa lelaki tu? Sebijiknya!

Betul ke pelakon Squid Game tu?

Dia datang Malaysia ke?

Sebelum ini, seorang wanita Malaysia turut menjadi popular gara-gara dikatakan memiliki wajah seiras pemain nombor 212 iaitu Han Mi-nyeo lakonan Kim Joo-ryoung.

Sumber: TikTok @richgirlish

COMMENTS