Michael Ang tegur rakyat Malaysia jangan memilih kerja
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), dipercayai sedang berusaha untuk mendapatkan pengecualian daripada kerajaan bagi membawa masuk 20 ribu pekerja asing.
Menurut Menterinya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.
Dapat kelulusan dasar pekerja asing
Kita baru mendapat kelulusan dasar untuk mendapatkan pekerja warga asing bagi sektor kelapa sawit dan akan berunding untuk mendapatkan (pekerja asing) bagi sektor perkayuan pula.
Tambah Khairuddin lagi, bagi menampung kekurangan sementara pekerja asing dalam sektor tersebut, kementeriannya telah menyediakan pelbagai jenis dana sebagai insentif untuk menarik pekerja tempatan. Jelas beliau lagi, pihaknya turut membuka ruang kepada syarikat dalam sektor itu untuk membuat promosi di laman sesawang di bawah Kementerian Sumber Manusia dan menyediakan siri latihan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut.
Jangan memilih sangat
Salam semua! Kata pengangguran rakyat Malaysia tinggi. Kenapa kena ambil pekerja Asing? Oh yes lupa Malaysian mana boleh buat kerja macam ni Malaysian rasa lebih baik tak kerja dan buat mak bapa tanggung dan buat kerja bukan bukan dari buat kerja mcm ni! Sedar la diri Malaysian! Peringatan ya Zaman ni kerja la apa yang ada jangan memilih sangat! Janji halal dan dapat teruskan kehidupan tanpa menipu kiri kanan! Luv u all n be safe!
Susulan daripada berita tersebut, pengarah dan penerbit, Michael Ang telah meluahkan pandangannya berhubung isu pengambilan pekerja warga asing ke negara ini. Menurut Michael Ang, masyarakat di Malaysia zaman sekarang tidak perlu memilih pekerjaan. Ini kerana, masih banyak peluang pekerjaan yang ada di negara ini sekiranya mereka tidak memilih. Tambah Michael Ang, zaman pandemik ini merupakan zaman yang mencabar dan setiap individu perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal tanpa menyusahkan ibu bapa.
Sumber: Astro Awani & Michael Ang