Michael Ang Melahar Lagi, Berang Sikap Individu Tak Tahu Adab

Pengarah drama tempatan terkenal, Michael Ang kembali dengan hantaran laharannya di mana dia telah meluahkan rasa berang dengan sikap pekerja yang biadab terhadap majikan serta tidak melakukan tugas dengan sebaiknya.

Tidak lagi mampu menahan rasa geram, Michael menerusi entri Instagramnnya itu turut mengatakan bahawa individu tersebut tidak reti bersyukur dengan rezeki yang diberikan malah turut menuding jari kepada pihak lain.

Ujar Michael lagi, sesuatu pekerjaan yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan sebaiknya dan bukan untuk untuk bersikap sambil lewa dan biadab dengan majikan.

“Salam semua. Posting meroyan! Tapi ini memang perangai pekerja sekarang! Sila cermin and baiki la diri tu ya. Dalam dunia ni tak ada orang berhutang untuk bagi rezeki kat awak!” ujarnya di bahagian kapsyen.

Meskipun kurang pasti hantaran itu ditujukan kepada siapa, Michael Ang dalam pada itu berharap agar individu terbabit untuk memperbaiki diri supaya tahu bersyukur atas rezeki yang diberikan.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial pengarah drama Marry Me Senorita ini bersetuju dengan luahan perasaan Michael Ang dan beranggapan bahawa mereka yang mempunyai sikap seperti ini tidak akan maju kerana tidak pernah bersyukur dengan rezeki yang diberikan.