Mia Sara elak jumpa media jawab isu berpakaian ketat
Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan pelakon remaja Mia Sara Nasuha berpakaian ketat dan menari di platform TikTok sehingga menerima kecaman dan kritikan ramai.
Ekoran itu, pihak media cuba mendapatkan penjelasan daripada pelakon berusia 17 tahun.
Mia elak bertemu media
Bagaimanapun, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan mengelak bertemu dengan media susulan penularan video menari di aplikasi TikTok yang dikatakan kurang manis dipandang terutama berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.
Memetik portal Harian Metro, Mia yang yang menghadiri program bersempana sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari ini enggan dirinya ditemu bual oleh pihak media.
Difahamkan, Mia yang memulakan kerjayanya dalam drama “Papa I Love You” itu terlebih dahulu didekati jurufoto tidak membenarkan wajahnya dirakam melainkan hanya untuk tujuan jenama Milo yang dihadirinya.
Dalam pada itu, Mia turut didekati beberapa pegawai perhubungan awam yang memujuknya untuk bertemu media, namun pujukan tersebut gagal.
Terdahulu, nama Mia menjadi bulan panas apabila tular video memperlihatkan gadis itu menari sakan dengan mengenakan baju berwarna kelabu dan selendang hitam bersama rakannya di aplikasi TikTok.
@lyygone
Apa yang menjadi perhatian dan bualan ramai adalah pakaian yang digayakan oleh pelakon dan personaliti media sosial itu kurang sopan. Malah, warganet turut mempersoalkan mengenai hijab yang dipakai oleh Mia kerana dikatakan semakin singkat jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Sumber: Harian Metro