Mia dedah 90 peratus syarikat produksi Muslim memintanya buka tudung

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah pun berhijab sejak lima tahun lalu.

Baru-baru ini, ketika dijemput menerusi program di TV Al-Hijrah, Mia tampil mendedahkan bahawa  perkara tersebut sudah beberapa kali berlaku sejak dia mula berhijab lagi. Lebih mengejutkan, 90 peratus syarikat produksi Muslim memintanya untuk membuka tudung.

“Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.javascript:false

“Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati,” katanya.

Mia berkata isu tersebut sudah lama dipendamnya dan dia perlu mempertahankan diri serta ramai lagi artis lain yang senasib dengannya.

“Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini. Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini,” katanya.

Terdahulu, gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran. Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung. – PT