Mia Ahmad ikut suami berhijrah ke Pahang, sedih tinggalkan Johor

Mia Ahmad ikut suami berhijrah ke Pahang, sedih tinggalkan Johor

Pelakon, Mia Ahmad berkongsi sedikit kesedihannya yang dalam proses berpindah selepas mengikut suaminya berhijrah ke pasukan Sri Pahang.

Ikut suami berhijrah

Suami kepada aktres kelahiran Perak itu, Izham Tarmizi yang sebelum ini bermain sebagai penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah menukar angin baru apabila berpindah ke pasukan Sri Pahang pada saingan musim depan.

Menerusi Instagram Mia, dia telah memuat naik momen sewaktu memunggah barang menaiki lori untuk dibawa ke kediaman baru di negeri Pahang.

 

 

Ujarnya, agak sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang tersayang di Johor kerana sudah banyak kenangain tercipta bersama-sama.

Perancangan Allah lebih hebat

Walau bagaimanapun, dia sedar bahawa perancangan Allah S.W.T lebih hebat dan posting yang dibuat bukanlah untuk menzahirkan rasa kesal ataupun meraih simpati, tetapi lebih kepada penghargaan kepada semua yang telah mereka lalui.

Di akhir kapsyen yang disertakan dengan video ringkas tersebut, pelakon drama Hati Perempuan itu memaklumkan yang penghijrahan tersebut adalah sesuatu yang baik dan dia sekeluarga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada JDT untuk semua perkara yang telah mereka kecapi.

Jumpa lagi lain kali

Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada suami Mia Ahmad, Izham Tarmizi atas jasa dan baktinya terhadap pasukan JDT.

Mereka juga mendoakan agar urusan keluarga Mia Ahmad dipermudahkan dan berjaya di tempat baru.

Semoga urusan dipermudahkan

Terima kasih Izham atas segala kenangan

Semoga berjaya di tempat baru

Untuk rekod, Izham Tarmizi telah bersama JDT sejak tahun tahun 2014. Dia telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon cantik, Mia Ahmad pada 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Mia Ahmad