Merungut beri alasan sibuk, ibu luah sayu anak & menantu ‘terpaksa’ teman vaksin

Merungut beri alasan sibuk, ibu luah sayu anak & menantu ‘terpaksa’ teman vaksin

Di saat orang ramai teruja berkongsi kisah membawa ibu bapa mereka mengambil vaksin di pusat vaksinasi, siapa sangka ada segelintir anak yang berperasaan sebaliknya.

Baru-baru ini, seorang ‘frontliner’ bernama Melia berkongsi kisah sedih seorang ibu yang dilayan secara tidak baik oleh anak serta menantunya pada hari pengambilan vaksin menerusi TikTok.

Menurut wanita itu, warga emas tesebut sempat meluahkan rasa sebak bercerita tentang anaknya yang memberi alasan terlalu sibuk untuk menhantar ibunya pergi vaksin. Jadi, si menantu yang perlu membawanya ke pusat vaksinasi.

Warga emas kongsi cerita sedih

@lilowhoeversheis

Pls gais jgn nyesal kemudian hari😢 #fyp #vaccine #sad #bekind #HotlinkEverydayCEO #buwatjetiktok

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾

Anak & menantu merungut

Namun begitu seakan terpaksa, menantunya melakukan tugas itu dengan rungutan sehingga warga emas itu tidak sempat menjamah makanan dan harus menunggu di pusat vaksin dalam keadaan perut kosong.

Sebak mendengar luahan hati berkenaan, Melia bertindak menghantar warga emas terbabit ke tempat menantunya.

Bagaimanapun, warga emas itu berpesan jangan memberitahu apa-apa kepada si menantu kerana bimbang akan dimarahi pula.

Perkongsian itu telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata mereka meluahkan rasa terkilan mengenangkan nasib warga emas terbabit.

Kesian datang sendirian tangan bergegar sebab ‘nervous’ & sakit

Saya bangga dapat temankan mak

Kalau mak dah tiada nanti pasti menyesal

Teringin balik kampung hantar ‘parents’ pergi vaksin

Bertuahlah dapat duduk dekat dengan mak bapak

Sumber: TikTok @lilowhoeversheis