“Mereka hero yang sebenarnya” Aman Ra buat video penghargaan kepada…

“Mereka hero yang sebenarnya” Aman Ra buat video penghargaan kepada…

Penyanyi rap Aman Ra yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan video penghargaan berkonsepkan ‘Spoken Words’ yang ditujukan khas buat pekerja penghantar makanan di luar sana.

Ternyata, video tersebut telah berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia dan menurut Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin berkata bahawa golongan tersebut adalah sebenarnya barisan hadapan yang perlu dihargai sebaik-baiknya.

 

Ujar Aman lagi, dia secara peribadi mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan perjuangan yang ditunjukkan mereka ini.

“Spoken Words’ adalah satu bentuk penghargaan buat mereka (penghantar makanan). Pada pendapat saya, mereka hero sebenarnya, barisan hadapan kita. Mereka satu daripada komponen penting dalam barisan hadapan kita. Mereka yang menghantar barangan makanan dan keperluan kita.”

Penyanyi lagu Bangun itu sebelum ini telah memuat naik video kompilasi klip penghantar makanan tersebut di media sosial termasuklah Instagram dan TikTok.

Terdahulu, media tempatan sering melaporkan kemalangan melibatkan golongan penghantar makanan yang semakin hari semakin membimbangkan. Ekonomi yang semakin terjejas telah membuatkan rakyat melakukan kerja sampingan dan berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup dari hari ke hari.

 

SUMBER : Harian Metro