Menyamar jadi ‘Rider’, curi makanan pelanggan sebelum larikan diri
Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook apabila seorang pengguna memuat naik video serta tangkap layar seorang lelaki yang membawa motosikal berserta bag makanan menyamar sebagai rider.
Menerusi video berkenaan, makanan yang ditempah menerusi satu aplikasi pesanan makanan dicuri abang rider yang mengambil makanan yang diletakkan di atas meja di lobi.
Menurut Kosmo , difahamkan, kejadian itu berlaku di Bukit Jalil dimana pencuri makanan itu menggunakan taktik yang sama berulang kali.
Rider betul datang hantar makanan, letak atas meja. Saya turun, rider kedua datang ambil dua order dari atas meja, masuk dalam beg dan cabut.
Pengguna terbabit memaklumkan dia berjaya mengesan nombor pendaftaran motosikal pencuri itu dan telah diadukan kepada syarikat aplikasi berkenaan.
Saya turun makanan dah tiada, dua tiga kali dah jadi ni.
Bagaimanapun, syarikat aplikasi berkenaan memaklumkan nombor pendaftaran motosikal tersebut tidak berdaftar dengan syarikat itu.