Menu unik ‘leher itik sumbat’, harga mencecah RM102 sepinggan
Sebuah restoran di utara London ‘mengejutkan’ orang ramai apabila mereka memperkenalkan menu baharu iaitu leher itik sumbat yang dijual dengan harga RM102 sepinggan, lapor Daily Mail.
Menurut laporan itu, gambar hidangan tersebut yang dimuat naik di laman Instagram Westerns Laundry menunjukkan bahagian kepala itik dan lehernya yang dihidangkan di atas pinggan.
Kapsyen yang ditulis di hantaran itu menjelaskan, hidangan ‘unik’ berkenaan disediakan dengan potongan lobak dan kacang lentil yang disumbat di dalam leher itik tersebut.
Walaupun dihidang ringkas sebegitu, namun apa yang mengejutkan adalah ia merupakan hidangan ketiga termahal dijual selepas menu dada itik, kobis dan daging.
Perkongsian gambar menu baharu itu mendapat maklum balas daripada pengguna Instagram.
“Tidakkah ia terlalu keterlaluan?” komen pengguna Instagram.
Tambah laporan, itik itu merupakan hidangan ketiga termahal di restoran itu selepas hidangan dada itik, dan menu kobis dan daging.
Sumber: Daily Mail