Menggigil kesejukan ketika panas terik, lelaki kongsi azabnya dijangkiti varian delta

Menggigil kesejukan ketika panas terik, lelaki kongsi azabnya dijangkiti varian delta

Penyebaran varian Delta kini sudah semakin meluas hingga menyebabkan kesukaran untuk mengesan simptom Covid-19.

Seorang lelaki memuatnaik perkongsian di akaun Twitternya mengenai azab yang perlu ditanggungnya setelah dijangkiti varian delta.

“Kepala kau panas menggelegak”

Menurutnya selepas beliau disahkan dijangkiti Covid-19, bahagian kepalanya berasa sangat panas seolah-olah dirasuk.

Lelaki yang dikenali sebagai @askfar23 itu berkata, walaupun dia sudah mendapatkan vaksin dia tetap merasai kesakitan pada tubuhnya, dan adakalanya dia merasakan kepedihan pada matanya serta turut mengalami kesakitan pada bahagian gusi.

“Check suhu dah 39.5C”

Tambah lelaki itu lagi, walaupun bacaan suhu menunjukkan 39.5C tubuhnya masih menggigil kesejukan.

Affa meminta pengguna lain supaya mendoakan kesembuhan buat dia sekeluarga.

Dia turut mengingatkan semua agar mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi membendung penularan wabak ini.

Sumber: Twitter @askfar23