Menggamit memori, Antara tradisi Hari Raya yang semakin dilupakan

Menggamit memori, Antara tradisi Hari Raya yang semakin dilupakan

Raya kali ini sememangnya tidak lagi sama dengan Hari Raya Aidilfitri pada waktu dahulu. Jika sebelum ini hari raya biasanya disambut meriah, kali ini sambutannya lebih sederhana dan ringkas. Selain daripada perubahan raya dulu dan sekarang, ada beberapa tradisi hari raya yang semakin dilupakan.

 

Bertukar kad raya

tradisi raya
Kredit

Mungkin seiring dengan peredaran zaman, ramai yang semakin melupakan tradisi bertukar kad raya dengan kawan-kawan dan saudara mara. Pada waktu dahulu, kad raya ini juga simbolik populariti seseorang di mana semakin popular anda maka semakin banyak lah kad raya yang diterima.

Kad raya juga sering dijadikan hiasan semasa hari raya nanti apabila ramai yang akan menggantungnya di rumah. Sekarang ini ramai yang lebih selesa mengirimkan ucapan raya menggunakan aplikasi WhatsApp atau di media sosial sahaja.

Pasang pelita

pelita
Kredit

Bagi yang duduk di kampung, mungkin ada lagi yang masih meneruskan tradisi memasang pelita ini. Tetapi sangat jarang untuk melihat pelita dipasang di kawasan perumahan bandar. Ramai yang lebih cenderung menggunakan lampu ‘kelip kelip’ untuk menghias rumah.

Kenangan membuat pelita di kampung juga adalah pengalaman yang cukup unik dahulu. Tidak seperti sekarang, proses memasang pelita bermula dengan proses membuatnya dahulu. Ada yang menggunakan tin, buluh dan macam-macam bahan lagi untuk membuat pelita.

 

Berkumpul sanak saudara

beraya
Kredit

Ini pastinya tradisi hari raya yang sangat dirindui ramai iaitu beraya dengan saudara mara sehingga lewat malam. Biasanya, Syawal pertama adalah hari yang paling sibuk bermula dari subuh sehingga lah ke malam. Pada hari ini lah masing-masing sibuk beraya di rumah saudara mara.

Kadang-kadang tidak cukup satu hari, aktiviti beraya ini akan disambung pula keesokan harinya. Jika dahulu biasanya ramai yang akan berkumpul di rumah atuk atau nenek bermula pada malam raya, kini tiada lagi aktiviti berkumpul beramai-ramai seperti yang selalu dilakukan.