Mengaji sambil memandu, rahsia guru geografi muncul johan tilawah antarabangsa

Mengaji sambil memandu, rahsia guru geografi muncul johan tilawah antarabangsa

Selepas 2 tahun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 kembali diadakan sejak Rabu lalu membabitkan 36 peserta dari 28 negara. Puan Sofizah Mousin, mengharumkan nama Malaysia apabila diumum johan tilawah kategori qariah dalam penganjuran kali ini. Sementara itu, peserta Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed mengungguli kategori qari malam tadi.

 

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

 

 

Mengajar Geografi tapi kecintaan pada al-Quran menebal sejak di usia remaja lagi

Susulan kejayaan penuh bermakna itu, wanita kelahiran Kundasang, Sabah itu menjadi sebutan hingga trending di laman sosial selepas meraih 89.66 peratus dalam pertandingan tersebut. Meskipun kini bertugas sebagai cikgu mata pelajaran Geografi di SMK Taman SEA, Petaling Jaya, namun cintanya terhadap al-Quran berputik sejak berusia 13 tahun lagi. Bahkan ketika ‘berjinak-jinak’ mengenali seni taranum, niatnya bukan hendak masuk pertandingan sebaliknya dilakukan Sofizah semata-mata untuk belajar.

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

Walaupun sibuk bergelar guru & ibu, Sofizah manfaatkan waktu memandu dengan mengaji…anak-anak layan je

Di sebalik kemerduan suara dan bacaan yang sempurna, Sofizah pernah dedahkan antara amalan yang sering dilakukannya adalah buat latihan dalam kereta ketika berulang alik dari sekolah. Berkat konsisten mengaji sambil memandu di samping menimba ilmu dengan tokoh agamawan tempatan, kejayaan ibu kepada 2 anak ini menjadi sumber inspirasi wanita lain.

 

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

 

 

Awet muda peserta ni, ingatkan umurnya 20-an…bukan guru agama je pandai mengaji, semoga jadi contoh kepada para pendidik di luar sana

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pencapaian serta rahsia kejayaan Puan Sofizah. Selain dipuji kemantapan suaranya semasa mengaji, qariah Malaysia ini turut menjadi bukti bahawa semua orang boleh pandai mengaji jika gigih berusaha dan minat mengejar ilmu.

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

 

 

Mengaji Sambil Drive, Rahsia Cikgu Geografi Jadi Johan Tilawah Antarabangsa

Kredit : FB JAKIM & Syafiq Syahmi Sazali